SELOKA 5 CERDAS..
Warga SKBT warga Malaysia,
Kami di sini melakar bahasa,
Hikayat 5C tiada kurangnya,
Kalau tak percaya cubalah baca
“Mem”kami inilah dia,
Puan Suzlina bergaya orangnya,
Guru kelas kami semua,
Ajar BM fuh...serius sentiasa,
Dalam kelas ada ketuanya,
Aiswarya tersenyum manis bergaya,
Begitu juga dengan pembantunya,
Shalini tegas dan ceria sentiasa.
Memegang jawatan berat sekali,
Orangnya comel selalu ceria,
Dialah kawan ,dialah ceti,
Itulah Wan si cantik jelita.
Orangnya periang selau dipuji,
Menjadi kesayangan guru semua,
Subjek Maths amat digemari,
Lim Yong Guang dan Haziq panduan kami semua
Kelas bersih dan ceria tugas kami,
Ketua kebersihan tegas sentiasa,
Sharmila dibantu oleh Kasthuri
Penolong keceriaan yang sentiasa ceria
Mahendra dan Melvin itulah dia,
Matheswaar pula kawan mereka,
Tiga sekawan satu kepala,
Kalau ketawa tak ingat dunia,
Menyanyi memang menjadi hobi,
Inilah Sanjiiev tegap sekali,
Kawan sebelah sama tinggi,
Kalau tidak Adrian siapa lagi.
Pengawas PPS jawatan dipegang,
Ain nama disandang,
Arif pula suka memandang,
Mata meliar tak kira orang
Mak Choy Leng kadang-kadang ok kadang-kadang blur,
Pressana pula sedang-sedang orangnya,
Nevin dan Joyanna si mulut laser,
Bila bergabung meletuplah dunia
Ini kisah Qamarul dan Hisham,
Dua pelawak antarabangsa
Cikgu mengajar diaorang buat-buat faham,
Bila disoal ternganga-nganga.
Dalam kelas duduk di depan
Itulah Irfan dan Mustaqim,
Masa belajar beri tumpuan,
Tapi belajar nak ikut musim....
Amoi cantik di kelas ini,
Itulah Lim Siew Yee cantik beseri,
Gillian pula aktif sekali,
Miss Gillian Jackson nama diberi.
Afrina dan Shafiqa(Z)baik belaka,
Memang rapat dari dulu lai,
Sikap mesra yang kami suka,
Tidak pentingkan diri sendiri
Amirah dan Archana pendiam orangnya,
Kedua-dua kurus melidi,
Bersuara hanya bila ditanya,
Kalau berborak bukan main lagi
Muka selamba gaya bersahaja,
Berambut pendek itulah Diyana,
Dengan Shafiqa(S)satu kepala,
“Whatever”itu slogannya,
Farhan itu empunya nama,
Ke mana pergi asyik bergaya,
Zubair pula macam tak suka,
Apa nak buat,kelas dah sama.
Putri dan Atika kawan sejati,
Kalau Putri berborak hebat sekali,
Cikgu datang masing-masing mendiamkan diri,
Kerana takut dimarahi nanti.
Suka bercakap tak kira tempat,
Arahan guru susah dituruti,
Buat kerja sentiasa nak cepat,
Aiman dan Affnan la siapa lagi.
Iman dan Azhari satu kepala,
Dalam kelas berborak semeja,
Sehari tak jumpa bagai nak gila,
Tapi mereka bukan mat jiwa-jiwa.
Kejap muncul kejap hilang,
Datang ke sekolah tersenyum-senyum,
Lim De Gen dan Akmal nama dipegang,
Selalu sahaja kena dihukum.
Kami di sini sudah tak larat,
Otak dah blur sebab dah penat,
Berakhir sudah sebuah seloka,
Ampun dan maaf dunia akhirat.
Daripada,
S.Kasthuri Devi
5 Cerdas...
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
so creative.. hemmm..
ReplyDelete-Teacher
If u did it than i know when u grow up u will be a great poem or sajak writer... Win more rewards for your talents... Hehe... If kasturi reads this i wan u to do the best writing poems and sajak for more & more people to read... If u ask me, if guru besar read this, i am sure he would be proud of u kasturi... i hope u enjoyed writing poems and more, like how i enjoyed reading it... Never give up... if u need help ask teacher mas she is good at evrything !!! hehe thats all for now, bye bye..
ReplyDeleteI love it :) very creative andd funny ! :DD
ReplyDelete- fatinNABILA 6B
hmmmmm!
ReplyDeletecoki2 yg cikgu bagi tu x sebut ke?
dari azizi